evolusi teknologi

| | 2 comments »
Lamanya tak updet blog. Kalau dulu2 setiap hari rasa gtal nk mengupdate. Skrg macam dah takde idea jer.

Masa aku berfikir pasal blog ni, teringat pulak aku macammana teknologi ni berkembang sejak dari aku sekolah. Masa aku sekolah dulu komputer tak semudah nak access macam hari ni. Masa aku sekolah dulu sapa yg ada emel macam hebat giler, Kalau ruangan hobi tulis browse internet mmg aku rasa orang mesti kagum. Tapi masa aku sekolah menengah aku teringat lagi masih guna Floppy Disk. Main game pun game typing tu pun kat library. Masa sekolah jugak ada ceramah pasal info dihujung jari, macam database tu pun kena bayar kalu ramai murid nak join. erm itu area 93-97.

Then 98-99 adalah zaman matrix aku. Masa matrik aku dapat induk UKM. masa mula2 dapat ukm tu aku takdelah rasa hebat sgt. sbb kunun2 kalau nak subjek engineering utm lah paling hebat. tapi mak aku suh masuk ukm pasal dekat. berkat doa mak aku senag jhe dpt ukm. Tapi bila masuk aku rasa bangga seh. ape taknya budak2 yg matrix sekali semua hebat2 gile. budak2 melayu pandai2 semua. bangga aku walaupun aku tak sehebat dierang, Dr to be. Masa matrik zaman IRC, jaman tu cafe cyber bercambah macam cendawan. aku ingat lagi dok teman housemate aku berchatting. hahaha. MAsa tu jugak siapa ada hp aku rasa hebat and canggih giler. Jakun aku.
AKu dpt beli hp bila zaman uni. itupun hp rm300. pakai duit biasiswa. masa tu rasa mahal giler. tp tu kire hp murah lah kecik je jenama sagem tak glamer langsung. hahaha. tapi syiok jugaklah sbb kecik sedap pegang warna biru lagik. Jaman tu sapa beli hp nokia aku rasa hebat. sbb nokia mahal. RM800 dan ada game snake. Dan masa tu start org beli desktop. Aku rasa masa tu ramai org mampu belilah. siap ada pinjaman kwsp tuk komputer. masa tu tengok org pakai laptop jaki je rasa..bilalah mampu nak beli...
Abis study uni, aku x pandai carik keje. entah apa2 keje aku buat. temp kerani la, ngajo html la...last2 jadi RA. masa jadi RA syiok..kawan2 best, teknologi pun best, dpt guna sekecik2 laptop. sebesar2 PC, and byk mobile device spt IPAC (bukan Ipad) ahaks...
owh...sungguh kurindu masa mudaku...
sekarng rasa sungguh dah tua, apataknya dalam frenlist byk nak kena bahasakan diri sbg kakak. dah kena biasakan lidah refer diri sbg kakak.
apapun, skrg teknologi skrg dah biasa dimana. setakat smartphone ke apa takde org heran. boleh kate semua org ada facebook.
aku rasa tak lama lagi komputer macam dlm cite matrix pun da tak mustahil. mcm kinect guna body movement tu, 2 3 tahun lagi apply kat byk tempt lagik agaknya.

terkejarkah aku dgn teknologi2 skrg dan akan datang?. Entahlah....

Duit??

| | 5 comments »
Khayla selongkar beg sekolah aku tadi, tiba2 dia terjumpa £, terus dia tunjuk kat aku.
Tiba2 teringat pula satu kenanganmasa kecil. Ada sekali aku terjumpa duit mak aku sorok, aku tak curik. masa tu duit tu aku tgk lawa sgt, aku tak tahu pun itu duit agaknya sbb itu duit besar RM50. masa kecil memanglah tak kenal duit besar2. lgpun zaman tu mmg valuenya sangat tinggi. So masa tu tengah zaman main patung kertas, oleh kerana duit itu sangat cantik aku potong2 duit jadi baju patung kertas aku..ahaks.
Masa tu mesti mak aku marah gile. Aku ingat lagi mak aku sambung duit tu pakai salotep.
Yang lain aku tak ingatlah....

Adoi nakalnya la aku dulu, patutla kekadang khayla pon naugthy...
anyway i miss my mumm ....

Blog

| | 1 comments
Sedang aku nak tidurkan khayla tadi, rasa mcm2 aku nak update kat blog.
Lama jugak dok tepuk2 khayla suh tido, aku rasa lebih sejam sampai pening kepala aku.
Sejak2 akhir ni khayla memang lambat tidonya. Dah berapa hari selalunya aku yg terlelap dulu. Hai..anak...

Kembali kepada angan2 masa aku dok termenung in silent kunun nak praktikkan supernanny punya trik untuk biar anak tido. boleh pulak aku teringat zaman kecik2 dulu. Zaman tgk TV pakai bateri besar. Zaman balik sekolah agama cepat2 lari nak tgk cerita maero attack. Zaman kena pegi mengaji malam2 umah pakcik. Aduhai, boleh sengih sendiri bila ingat balik. Pelik khayla tgk mak dia dok sengih2..

Tapi lamunan aku terhenti (macam ala2 lagu melayu tu...) bukan apa khayla tak tdo lagi dok main2 lagik. Dia pun berangan juga, tgn pusing2 mcm masa tgk cerita Dora tadi. mungkin jugak teringat lagu the wheel on the bus tu.

Last last aku keluar biar dia dlm bilik....apdet blog.. mcm ampes je aku ni...
macammana nak jadi ibu sejati nihh...