Duit??

| | 5 comments »
Khayla selongkar beg sekolah aku tadi, tiba2 dia terjumpa £, terus dia tunjuk kat aku.
Tiba2 teringat pula satu kenanganmasa kecil. Ada sekali aku terjumpa duit mak aku sorok, aku tak curik. masa tu duit tu aku tgk lawa sgt, aku tak tahu pun itu duit agaknya sbb itu duit besar RM50. masa kecil memanglah tak kenal duit besar2. lgpun zaman tu mmg valuenya sangat tinggi. So masa tu tengah zaman main patung kertas, oleh kerana duit itu sangat cantik aku potong2 duit jadi baju patung kertas aku..ahaks.
Masa tu mesti mak aku marah gile. Aku ingat lagi mak aku sambung duit tu pakai salotep.
Yang lain aku tak ingatlah....

Adoi nakalnya la aku dulu, patutla kekadang khayla pon naugthy...
anyway i miss my mumm ....

Blog

| | 1 comments
Sedang aku nak tidurkan khayla tadi, rasa mcm2 aku nak update kat blog.
Lama jugak dok tepuk2 khayla suh tido, aku rasa lebih sejam sampai pening kepala aku.
Sejak2 akhir ni khayla memang lambat tidonya. Dah berapa hari selalunya aku yg terlelap dulu. Hai..anak...

Kembali kepada angan2 masa aku dok termenung in silent kunun nak praktikkan supernanny punya trik untuk biar anak tido. boleh pulak aku teringat zaman kecik2 dulu. Zaman tgk TV pakai bateri besar. Zaman balik sekolah agama cepat2 lari nak tgk cerita maero attack. Zaman kena pegi mengaji malam2 umah pakcik. Aduhai, boleh sengih sendiri bila ingat balik. Pelik khayla tgk mak dia dok sengih2..

Tapi lamunan aku terhenti (macam ala2 lagu melayu tu...) bukan apa khayla tak tdo lagi dok main2 lagik. Dia pun berangan juga, tgn pusing2 mcm masa tgk cerita Dora tadi. mungkin jugak teringat lagu the wheel on the bus tu.

Last last aku keluar biar dia dlm bilik....apdet blog.. mcm ampes je aku ni...
macammana nak jadi ibu sejati nihh...